Tuesday 23 September 2014

Khasiat Daun Salad


Daun Salad adalah antara jenis sayur-sayuran yang tak perlu di masak. Di hidang kan mentah je, ala-ala macam makan ulam-ulaman. Adapun kadang-kadang daun salad ni  jadi pinggan jer untuk mencantik kan hidangan.

Hidangan salad juga di pelbagaikan dengan bermacam jenis dressing atau sauce seperti miyonis, ceasar, sos plum dan sebagainya.



Daun salad pula ada pelbagai jenis, daun besar, lebar, berkedut dan halus. Rasanya rangup dan tidak pahit memang sedap di makan mentah. 

Jenis-jenis daun salad atau lettuce



Antara khasiat daun salad ialah :-

1. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
 
2. Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
 
3. Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
 
4. Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.
 
Makan salad adalah antara menu sihat yang sangat -sangat digalakkan sebagai  pilihan terbaik terutama untuk yang berdiet .

Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet  ye... salad yang baik ialah :
- Jangan tambahan bahan-bahan berasaskan tepung seperti roti.
- Untuk dressing, pilih minyak zaitun
- Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
- Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
- Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ayam dan daging.

Selamat ber salad.

No comments:

Post a Comment